Kelancangan Ibnu Arabi menukar pengertian sebenar ayat–ayat al-Qur'an berterusan tanpa tanda–tanda yang menunjukkan bahawa beliau melakukannya tanpa disengajakan. Mengenai firman Allah : “وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالاً” (Janganlah engkau tambahkan kepada orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan – Surah Nuh ayat 24), Ibnu Arabi mentafsirkannya sebagai “orang-orang yang zalim itu tidak menambahkan bagi diri mereka melainkan kehairanan.” (Fususul Hikam halaman 73)
Pada ayat seterusnya “مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا” (Surah Nuh, ayat 25, maksudnya lebih kurang: “Oleh kerana kesalahan–kesalahan mereka, lalu mereka ditenggelamkan”), Ibnu Arabi mentafsirkannya: “Dari yang telah digariskan bagi mereka, lalu kaum Nabi Nuh a.s. tenggelam di dalam samudera ilmu mengenai Allah.” (Fususul Hikam, halaman 33)
“فَلَمْ يَجِدُوا لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ أَنصَاراً” (Surah Nuh, Ayat 25) Maksudnya lebih kurang: “Maka mereka tidak memperolehi penolong-penolong selain Allah.” Ibnu Arabi mentafsirkan: “Allah itulah penolong mereka, lalu mereka musnah padanya selama-lama.” (Fususul Hikam, halaman 33).
Mengenai doa Nabi Nuh a.s. seperti mana firman Allah: ” إِنَّكَ إِن تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ” (Surah Nuh, Ayat 27). Maksudnya lebih kurang: ”Sesungguhnya Engkau, jika meningggalkan mereka, nescaya mereka menyesatkan hamba-hamba Mu…… .” Ibnu Arabi mentafsirkannya: “Jika engkau tinggalkan mereka, nescaya mereka membingungkan hamba-hamba Mu dan mengeluarkan mereka dari keadaan ‘Ubudiah kepada keadaan berada di tengah-tengah rahsia Rububiah, lalu mereka melihat diri mereka sendiri sebagai tuhan-tuhan selepas menjadi sebagai hamba-hamba. Dengan itu mereka ialah hamba-hamba dan juga tuhan-tuhan. (Fususul Hikam, halaman 74)
Tafsiran Ibnu Arabi ini semakin memperlihatkan betapa jauhnya kesesatan dan kefasikan beliau kerana menjadikannya kesesatan kaum Nabi Nuh a.s. itu sebagai kebingungan sahaja, sebab mereka sebenarnya, menurut dakwaan Ibnu Arabi, mengetahui rahsia-rahsia ketuhanan dan bahawa setiap yang wujud itu ialah Allah, dan dengan itu mereka sendiri menjadi tuhan-tuhan!!
Ayat terakhir surah Nuh iaitu:
” رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً”. (Surah Nuh Ayat 28) Maksudnya lebih kurang: ”Wahai Tuhanku! Ampunilah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku dan bagi sesiapa yang memasuki rumahku sebagai orang mukmin, dan bagi orang mukmin lelaki dan perempuan, dan janganlah engkau tambahkan kepada orang-orang yang zalim itu kecuali kebinasaan.”
Ibnu Arabi telah mentafsirkannya dengan berkata: “Ianya kata-kata Nabi Nuh a.s. selebihnya yang bererti: “Wahai tuhanku! Lindungilah aku, dan bagi akal dan tabiatku, bagi hatiku, bagi akal, bagi diri dan jiwa, dan janganlah engkau tambahkan kepada ahli-ahli ghaib itu melainkan kebinasaan sebab mereka tidak mengenal diri-diri mereka kerana penyaksian mereka terhadap wajah al-Haq di depan mereka.” Kemudian Ibnu Arabi berkata pula selepas itu, “Barang siapa mahu mengetahui rahsia-rahsia Nabi Nuh a.s., maka ia hendaklah menaiki bahtera Nabi Nuh. Bagi kami ianya berada di tanah rendah Maushul, dan Allah mengatakan yang benar.” (Fususul Hikam, Ayat 210-211)
Wednesday, August 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment